Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mempertontonkan Video ‘Memories Of Mother’ Buat Permainan God Of War

Sony Mempertontonkan Video ‘Memories Of Mother’ Buat Permainan God Of War

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Sony hari ini mempertontonkan satu video khas yang bertajuk ‘Memories Of Mother’ buat permainan God Of War. Melalui video ini, Sony memperlihatkan muzik tersebut dengan versi ‘Farewell To Faye’ yang mana ianya boleh distrimkan melalui Spotify. Muzik tersebut dinyanyikan oleh penyanyi vokal Eivør Pálsdóttir.

Bagi anda sendiri yang pernah bermain God Of War dan menghabiskan permainan tersebut, anda sendiri pasti akan mengetahui berkenaan muzik ini. Kami juga tidka akan berkongsi sebarang informasi tambahan kerana tidak ingin membeberkan permainan ini.

God Of War merupakan permainan esklusif khas di Playstation 4 yang mana ianya memenangi pelbagai anugerah termasuklah permainan terbaik bagi tahun 2018 oleh The Game Awards. Kami di Aksiz juga sangat menyukai permainan ini dan ulasan penuh buat God Of War telah kami kongsikan dibawah.

Ulasan God Of War – Permainan Terbaik Dan Epik Buat Siri Tersebut


TIPS & ULASAN