Informasi Permainan Video Terkini
Hot Wheels Bertemakan Kenderaan Dari Rocket League Diumumkan

Hot Wheels Bertemakan Kenderaan Dari Rocket League Diumumkan

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Sebelum ini, Psyonix bekerjasama bersama Hot Wheels dengan melancarkan DLC kandungan permainan Hot Wheels Triple Threat. Terkini, tampaknya pengeluar mainan Mattel, pula akan membawa kereta mainan Hot Wheels khas berdasarkan kenderaan dari Rocket League.

Kenderaan bernama Octane ini adalah berskala 1:64 yang mana ianya adalah kenderaan siri pertama untuk Hot Wheels Rocket League yang mana ianya dijual dengan harga sekitar $1.09(RM5).

Menurut Psyonix, mainan kereta ini akan tiba dengan warna biru dan bagi warna oren, ianya akan dilancarkan tahun hadapan. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, bagi pasaran Malaysia, ianya akan dijual melalui pengedar rasmi seperti Toys R Us.


TIPS & ULASAN