Sebelum ini, Iggymob dan RED Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan Gungrave dengan permainan baharu iaitu Gungrave G.O.R.E.

Terkini, video acah penceritaan pertama buat permainan tersebut dikongsikan yang mana ianya memperlihatkan watak Gungrave itu sendiri dimana beliau diacukan senjata api oleh seseorang.

Buat masa ini, permainan ini dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 sahaja dan ianya bakal tiba pada Disember 2019 ini.

Sebelum ini IggyMob juga melancarkan permainan pernambah-baikkan buat Gungrave dalam bentuk realiti-maya iaitu Gungrave VR dimana ianya kini boleh didapatkan melalui PSN Store. Gungrave VR tersebut juga merupakan permainan sebelum untuk Gungrave G.O.R.E.

Sohor Kini