Pada akhir bulan lepas, Epic Games mengumumkan yang Fortnite kini mempunyai 200 juta pemain berdaftar. Jumlah tersebut adalah untuk kesemua versi Fortnite iaitu konsol, PC dan juga permua.
Tencent yang bertanggungjawab menerbitkan PUBG Mobile pula hari ini mengumumkan yang permainan mudah alih tersebut kini mempunyai 200 juta pemain berdaftar dan 30 juta pemain aktif harian.
Pencapaian tersebut menjadikan jumlah pemain di PUBG Mobile sudah menyamai jumlah pemain Fortnite untuk secara keseluruhan. Tambahan, jumlah tersebut tidak termasuk jumlah pemain di China dan juga PUBG di platform lain iaitu Playstation 4, Xbox One dan PC.
Kami tidak terkejut dengan pencapaian ini, walaupun Fortnite mendahului dalam segi pendapatan, namun PUBG Mobile jauh lebih popular berbanding Fortnite versi permainan mudah alih.