Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Mengumumkan Kemaskini Imbangan Untuk Hearthstone – Akan Tiba Pada 19 Disember
PC

Blizzard Mengumumkan Kemaskini Imbangan Untuk Hearthstone – Akan Tiba Pada 19 Disember

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Kemaskini imbangan adalah sesuatu perkara yang biasa untuk permainan pertempuran kad, namun Blizzard hari ini mengumumkan satu lagi kemaskini imbangan yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan pengumuman ini, ia menjadikan untuk tahun 2018 terdapat 5 kemaskini imbangan. Kebiasaan, ia hanya dihadkan kepada 4 kali untuk setahun.

Bagi tahun ini, kemaskini imbangan sudah berlaku pada bulan Februari, bulan Mac, bulan Mei dan bulan Oktober lepas. Melalui kemaskini imbangan baharu ini, Blizzard akhirnya mengubah nilai untuk kad daripada kelas Druid. Ia merupakan sesuatu yang diminta oleh ramai pemain. Dua kad yang menerima perubahan adalah;

  • Wild Growth – Ia kini memerlukan 3 mana untuk dimainkan berbanding 2 mana sebelum ini.
  • Nourish – kini memerlukan 6 mana berbanding 5 mana sebelum ini.

Kedua-dua kad di atas adalah kad yang disertakan di hampir kesemua dek daripada kelas Druid, dan ia sangat mempunyai nilai yang tinggi. Dengan perubahan ini, Druid sekurang-kurangnya sekarang lebih seimbang dengan kelas lain.

Selain Druid, kelas Paladin terutama dek Odd Paladin turut diimang semula apabila kad Level Up! kini memerlukan 6 mana berbanding 5 mana sebelum ini. Namun, kami menjangkakan perubahan ini tidak sangat memberi kesan untuk dek Odd Paladin yang mempunyai lebih banyak serangan lain.

Manakala Rogue juga terkesan apabila kad Leeching Poison yang memberikan senjata kuasa lifesteal, kini hanya memberi kuasa untuk satu pusingan sahaja dan tidak berkekalan. Ini akan mengurangkan kekuatan Kingsbane yang akan terus memiliki kuasa tersebut walaupun sudah dikembalikan ke dek.

Akhir sekali, kad Saronite Chain Gang yang sebelum ini mempunyai kuasa menghasilkan satu salinan kad tersebut, diubah kepada menghasilkan satu salinan untuk Saronite Chain Gang yang tidak mempunyai kuasa seperti kad asal. Ini akan mengelakkan ia diguna bersama dengan kad Shaman iaitu Shudderwock.

Kami berharap dengan kemaskini imbangan ini akan membuatkan meta di dalam Hearthstone lebih mempunyai variasi dan menarik.


TIPS & ULASAN