Skip to main content

Sebelum ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat kawalan Nintendo Entertainment System (NES) khas buat konsol Switch. Terkini, melalui saluran rasmi Youtube Nintendo, mereka memperlihatkan sebilangan fungsi alat kawalan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, alat kawalan ini digunakan untuk memainkan permainan NES yang disertakan melalui langganan Nintendo Switch Online.

Memandangkan alat kawalan ini tidak mempunyai butang tambahan ‘Home’ seperti di JoyCon, Nintendo menyertakan butang kawalan bahu dimana pemain boleh gunakannya untuk mengakses menu Nintendo Switch Online dan juga ke skrin pilihan permainan. Alat kawalan ini juga dicas melalui Switch dengan hanya meletakkannya di slot JoyCon.

Bagi anda yang berminat dengan alat kawalan tersebut, Nintendo menyatakan ianya sudah pun diedarkan bermula hari ini dengan harga $59.99(~RM249). Namun, alat kawalan NES tersebut merupakan set terhad dan hanya dijual melalui laman rasmi Nintendo yang mana pelanggan perlu melanggan Nintendo Switch Online untuk membelinya.

Leave a Reply