Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, tampaknya kandungan buat permainan Dragon Ball Xenoverse 2 akan terus ditambahkan dan terkini, Bandai Namco umum kandungan Extra Pack 4 baharu buat permainan tersebut.

Melalui kandungan Extra Pack 4, Bandai Namco akan menyertakan dua watak baharu iaitu  Broly Super Saiyan Full Power dan SSGSS Gogeta dimana kedua-duanya adalah daripada filem Dragon Ball Super yang sedang ditayangkan sekarang di panggung wayang tempatan.

Selain itu, melalui kandungan ini, Bandai Namco juga akan menyertakan arena pentas baharu, kemahiran baharu, misi tambahan bersama-sama kostum dan aksesori baharu buat pemain.

Menariknya juga, berdasarkan video acah di atas, Bandai Namco juga akan menyertakan mod foto khas buat permainan tersebut dimana pemain berupaya untuk menangkap foto pelbagai lagak aksi watak-watak dari siri Dragon Ball.

Dragon Ball Xenoverse 2 merupakan permainan berdasarkan siri anime Dragon Ball yang memfokuskan bentuk multi-pemain. Permainan tersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply