Informasi Permainan Video Terkini
Penghantaran Beg Kanvas Ganti Buat Edisi Collector Fallout 76 Akan Mengambil Masa 4-6 Bulan

Penghantaran Beg Kanvas Ganti Buat Edisi Collector Fallout 76 Akan Mengambil Masa 4-6 Bulan

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Lanjutan daripada isu beg kanvas dari edisi Power Armor Fallout 76 sebelum ini, tampaknya buat mereka yang ingin membuat gantian beg tersebut, penghantarannya akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan.

Melalui laporan VG247, kenyataan tersebut dilakukan oleh pihak Bethesda Softworks yang mana pelanggan yang membuat laporan dan permintaan untuk mendapatkan beg ganti tersebut, mendapat maklum balas ianya akan mengambil masa dinyatakan di atas.

Bethesda menyatakan bahawa ianya memerlukan masa untuk dihasilkan dan dihantarkan. Namun, tempoh masa 4 hingga 6 bulan merupakan tempoh masa yang sangat lama memandangkan permainan tersebut telahpun dilancarkan November lepas.

Selain itu, terdapat juga pengguna yang menghadapi masalah untuk membuat permintaan beg gantian tersebut dimana terdapat beberapa permintaan pelanggan ditolak akibat bukti pembelian tidak mencukupi.

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelanggan bagi permainan Fallout 76 ini, sekali lagi apa yang kami boleh katakan adalah Bethesda Softworks perlu tingkatkan prestasi sokongan pelanggan oleh mereka. Perkara ini tampaknya menjadi semakin teruk dari hari ke hari dan mungkin pada masa akan datang, syarikat tersebut mungkin akan dipandang negatif oleh peminat. Walau bagaimana pun, kami berharap agar Bethesda Softworks belajar daripada kesilapan ini dan teruskan memberi kemaskini terbaru buat pelanggan.

Fallout 76 adalah permainan terkini bagi siri tersebut yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya telahpun dilancarkan pada November lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telahpun membuat ulasan berkenaan permainan tersebut dan anda boleh membacannya di pautan bawah.


TIPS & ULASAN