Informasi Permainan Video Terkini
Humble Sonic Bundle Menyediakan Lebih 10 Permainan Sonic – Bayaran Bermula RM4
PC

Humble Sonic Bundle Menyediakan Lebih 10 Permainan Sonic – Bayaran Bermula RM4

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Humble Bundle sedia terkenal dengan penawaran koleksi permainan video pada harga yang sangat murah. Terkini, Humble Bundle hadir dengan penawaran permainan Sonic The Hedgehog, dibawah koleksi yang dinamakan Humble Sonic Bundle.

Seperti kebiasaan untuk bundle melalui Humble Bundle, anda boleh memilih sendiri jumlah yang ingin dibayar bermula dengan $1 (~RM4) dan anda akan mendapat Sonic The Hedgehog 4 – Episode 1, Sonic Adventure DX, Sonic CD, Sonic & SEGA All-Stars Racing, Sonic Adventure 2 dan Sonic Adventure 2 Battle DLC.

Jika membayar sekurang-kurangnya purata semasa, setakat penulisan ini ia adalah $7.12(~RM30), anda akan mendapat tambahan permainan Sonic & All-Stars Racing Transformed Collection, Sonic Lost World, Sonic Generations Collection dan Sonic The Hedgehog 4 – Episode 2.

Jika ingin mendapat permainan lebih baharu, anda perlu membayar sekurang-kurangnya $15(~RM62) untuk mendapat Sonic Mania dan Sonic Forces bersama-sama dengan permainan-permainan sebelum ini.

Beli: Humble Sonic Bundle


TIPS & ULASAN