Informasi Permainan Video Terkini
Acara Sementara Bersempena Krismas Untuk HITMAN 2 Kini Tiba – Tidak Memerlukan Pembelian Permainan
PC

Acara Sementara Bersempena Krismas Untuk HITMAN 2 Kini Tiba – Tidak Memerlukan Pembelian Permainan

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

IO Interactive hari ini mengumumkan yang acara sementara untuk HITMAN 2 bersempena Krismas iaitu Holiday Hoarders kini bermula. Menariknya, acara tersebut juga dibuka kepada semua walaupun tidak memiliki permainan tersebut.

Bagi pemain yang memiliki permainan tersebut, acara tersebut boleh terus dimainkan selepas mengemaskini, manakala pemain yang tidak memiliki permainan tersebut, anda boleh memuat turun Holiday Hoarders melalui konsol ataupun PC anda.

Holiday Hoarders akan mengubah peta permainan Paris Legacy, dan menjadikan ia bertema musim sejuk serta mempunyai perhiasan Krismas. Misi yang disediakan untuk acara ini adalah membunuh dua orang pencuri yang berjaya memasuki Sanguine Fashion Show. Selain itu ia juga menyediakan Secret Santa Challenge Pack di mana jika pemain menyelesaikan kesemua cabaran yang ada, pemain akan mendapat kostum Santa 47 secara tetap.

Holiday Hoarders merupakan acara masa terhad iaitu bermula pada 18 Disember 2018 sehingga 8 Januari 2019.


TIPS & ULASAN