Donut County Kini Dikeluarkan Untuk Xbox One Dan Switch

Donut County merupakan permainan tekaria yang dibangunkan oleh Ben Esposito dan diterbitkan oleh Annapurna Interactive. Ia telah dikeluarkan untuk Playstation 4, PC dan sebagai permainan mudah alih pada 28 Ogos lepas.

Selain menerima ulasan yang baik, permainan ini juga telah dianugerahkan oleh Apple sebagai permainan terbaik di App Store untuk tahun ini. Bagi anda yang menanti untuk bermain permainan ini di Xbox One dan Switch, ia kini sudah dikeluarkan secara rasmi.

Anda boleh mendapatkan permainan tersebut di Xbox Games Store untuk Xbox One dan eShop untuk Switch dengan harga $12.99(~RM55).

Sohor Kini