Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Buat Dreams Creator Bakal Tiba Januari Ini

Beta Terbuka Buat Dreams Creator Bakal Tiba Januari Ini

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Dreams, iaitu permainan oleh Media Molecule dimana mereka terkenal dengan permainan seperti Tearaway dan Little Big Planet, hari ini mengumumkan beta terbuka buat permainan terbaru mereka iaitu Dreams.

Melalui beta terbuka tersebut, ianya akan memfokuskan Dreams Creator, dimana ianya adalah kandungan khas di dalam permainan tersebut yang memfokuskan pembinaan kandungan permainan.

Menurut Media Molecule, beta terbuka tersebut akan tiba pada 8 hingga 21 Januari 2019 ini dan pendaftarannya akan bermula 4 Januari 2019. Menariknya, bagi mereka yang melanggan surat berita Media Molecule sebelum 7 Disember 2019, mereka berpeluang untuk mencuba permainan tersebut lebih awal iaitu pada 19 Disember 2018 ini.

Untuk informasi lanjut berkenaannya, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut.

Dreams merupakan permainan esklusif khas di konsol Playstation 4 dimana ianya memfokuskan kandungan permainan yang dihasilkan oleh pemain. Ianya dibangunkan oleh Media Molecule dan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Buat masa ini ianya dirancang untuk dilancarkan pada 2019 kelak.


TIPS & ULASAN