Kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) kini kembal dengan musim ketiga dimana 4 lagi pasukan baharu bakal bertempur dengan 6 pasukan dari musim sebelum ini.

Kejohanan tersebut akan menyediakan wang hadiah terkempul melebihi RM400,000 dimana 10 pasukan akan bertempur untuk merebut hadiah tersebut. Setakat ini, pasukan yang dijemput daripada musim sebelum ini adalah:

  • Team Reborn
  • EVOS SG
  • Flash Tyrants
  • Bosskur Gaming
  • Mystic
  • Bigetron SG

Manakala 4 lagi pasukan akan dipilih melalui pusingan kelayakkan yang bakal berlangsung Januari kelak iaitu pada 18 hingga 20 Januari 2019 bagi pasukan dari Malaysia dan 26 dan 27 Januari bagi pasukan dari Singapura. Menariknya, pusingan kelayakkan ini akan dibuka untuk semua dan hanya 1 pasukan dari Singapura dan 3 lagi pasukan dari Malaysia akan pilih.

Pusingan kelayakkan bagi pasukan dari Malaysia, pendaftaran akan bermula 22 Disember ini sehingga 4 Januari manakala bagi pendaftaran untuk pasukan dari Singapura pula bakal bermula 5 hingga 20 Januari 2019.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut dan mengetahui pelbagai informasi lanjut berkenaannya, anda boleh melayari laman rasmi MPL musim ketiga dibawah.

Layari: Mobile Legends Professional League (MPL) Musim Ke-3

Sohor Kini