Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Berkongsi Video Acah Aksi Nyata Untuk Life is Strange 2 – Episod Ke-2 Tiba 24 Januari 2019
PC

Square Enix Berkongsi Video Acah Aksi Nyata Untuk Life is Strange 2 – Episod Ke-2 Tiba 24 Januari 2019

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Dontnod Entertainment sebelum ini sudah mengumumkan yang episod ke-2 buat permainan Life is Strange 2 akan tiba pada bulan Januari tahun hadapan. Hari ini, Square Enix melalui video acah baharu mengumumkan yang episod ke-2 tersebut akan dikeluarkan pada 24 Januari 2019.

Menariknya, video acah yang disertakan adalah dalam bentuk aksi nyata. Ia memperlihatkan adegan terakhir di dalam episod pertama. Ia memperlihatkan reaksi Daniel apabila mendengar berita mengenai kematiannya ayahnya yang membuatkan beliau dan abangnya melarikan diri.

Life is Strange 2 akan mempunyai 5 episod, episod pertama sudah dikeluarkan pada 27 September 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Selain episod ke-2, episod-episod lain masih tidak diumumkan tarikh pengeluarannya.

Bacaan Lanjut: Ulasan Life is Strange 2 – Episod 1: Roads


TIPS & ULASAN