Melalui akaun rasmi permainan Sword Art Online, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Sword Art Online: Hollow Realization Deluxe Edition dan Sword Art Online: Fatal Bullet Complete Edition di konsol Switch menjelang tahun hadapan.
【SAOHR】【SAOFB】Nintendo Switch版SAOゲーム2タイトルの発売時期が決定!
ホロウ・リアリゼーションは2019年春、フェイタル・バレットは2019年夏予定です。今後の続報にご期待ください!#SAO #SAOFB #GGO #SAOHR pic.twitter.com/2l0ijUmr6l— ソードアート・オンライン ゲーム公式情報 (@sao_gameinfo) December 17, 2018
Buat masa ini, sebarang informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan. Namun berdasarkan nama ‘Complete Edition’ dan ‘Deluxe Edition’ disenaraikan, kami percaya versi Switch ini akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini.
Selain itu, menurut Bandai Namco mereka akan melancarkan Hollow Realization dahulu ketika musim bunga 2019 iaitu antara bulan Mac dan Jun. Manakala Fatal Bullet bakal tiba musim panas 2019 iaitu antara Jun dan September.
Sword Art Online: Hollow Realization dan Sword Art Online: Fatal Bullet merupakan permainan berdasarkan siri anime terkenal Sword Art Online. Kedua-dua permainan tersebut telah pun dilancarkan sebelum ini di konsol Playstation dan juga PC.