Informasi Permainan Video Terkini
Ace Combat 7 Memerlukan 50 Jam Untuk Dihabiskan Sepenuhnya
PC

Ace Combat 7 Memerlukan 50 Jam Untuk Dihabiskan Sepenuhnya

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dikeluarkan bermula Januari tahun hadapan, Bandai Namco juga mengumumkan edisi terhad buat permainan tersebut yang menyertakan figura kapal terbang.

Melalui temubual bersama dengan Wccftech, Bandai Namco mengatakan bagi pemain yang mahir, yang tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan misi, permainan ini akan mengambil masa 10 jam untuk dihabiskan.

Namun, anda pemain ingin mencuba kesemua jenis kapal terbang di dalam permainan ini, ia akan mengambil lebih kurang 50 jam untuk dihabiskan sepenuhnya.

Selain itu, mereka juga mengatakan permainan tersebut tidak menyokong resolusi 4K dan HDR untuk konsol kerana lebih memfokuskan kepada kelancaran. Walau bagaimanapun, pemain yang bermain di PS4 Pro ataupun Xbox One X akan mendapat resolusi yang lebih tinggi.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 ini. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019. Bagi mod realiti-maya, ianya hanya esklusif buat Playstation VR dan ianya akan tiba secara bersama buat versi Playstation 4.


TIPS & ULASAN