Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Bertemakan Krismas Frosty Fest Kini Tiba Di Rocket League

Kandungan Bertemakan Krismas Frosty Fest Kini Tiba Di Rocket League

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Psyonix hari ini melancarkan kandungan khas bertemakan perayaan Krismas buat permainan Rocket League dimana bermula hari ini sehingga 7 Januari 2019 ini, pemain berupaya untuk mendapatkan sebilangan set kelengkapan bertemakan Krismas tersebut.

Dengan nama Frosty Fest, Psyonix menyertakan satu mata wang khas dinamakan Snowflakes dan pemain akan mendapatkannya sebagai ganjaran buat sesi permainan secara atas-talian. Menariknya, mata wang Snowflakes tersebut boleh digunakan untuk membeli pelbagai kelengkapan bertemakan Krismas untuk digunakan di kenderaan pemain seperti warna kereta, set perhiasan dan sebagainya.

Seperti yang dinyatakan di atas, acara kandungan Krismas ini bermula hari ini sehingga 7 Januari 2019, namun Psyonix juga membuka peluang sebanyak 3 hari tambahan iaitu sehingga 10 Januari 2019 untuk membenarkan pemain menebus nilai mata wang Snowflakes tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain Rocket League dan mendapatkan pelbagai set-set kelengkapan perhiasan bertemakan Krismas.

Rocket League adalah permainan arena perlawanan yang memfokuskan penggunaan kenderaan kereta untuk bermain dimana pemain perlu menjaringkan gol seakan bola sepak. Ia telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN