Informasi Permainan Video Terkini
Potongan Harga RM250 Untuk Perkakas PlayStation Bermula 21 Disember Sehingga 2 Januari – PS4 HITS Bundle Serendah RM1099

Potongan Harga RM250 Untuk Perkakas PlayStation Bermula 21 Disember Sehingga 2 Januari – PS4 HITS Bundle Serendah RM1099

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan promosi “13 Days Special” bersempena perayaan Krismas. Melalui promosi ini, perkakas PlayStation akan dijual dengan pengurangan harga RM250. Promosi ini berlangsung bermula 21 Disember 2018 sehingga 2 Januari 2019.

Antara yang ditawarkan adalah PlayStation 4 Party Bundle yang merupakan berkas PlayStation 4 bersama dengan permainan FIFA 19 dan Overcooked! 2, harga asal adalah RM1,449, semasa promosi ia dijual dengan harga RM1,199 bersama satu alat kawalan DS4 secara percuma.

PlayStation 4 HITS Bundle yang menyertakan Playstation 4 bersama dengan permainan God of War, Detroit: Become Human dan The Last of Us Remastered dijual dengan harga RM1,099 berbanding RM1,349 harga asal.

Selain itu, Playstation 4 Pro juga ditawar dengan harga RM1,549 yang turut disertakan dengan satu alat kawalan DS4 tambahan. Bagi yang ingin mencuba permainan secara realiti maya, PSVR bersama dengan kamera turut ditawarkan dengan harga promosi RM1,129.

Anda boleh membeli kesemua perkakas PlayStation tersebut dengan harga promosi di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan Sony.


TIPS & ULASAN