Informasi Permainan Video Terkini
Sins of Solar Empire: Rebellion Boleh Didapati Secara Percuma Bersempena Pelancaran DLC Minor Factions
PC

Sins of Solar Empire: Rebellion Boleh Didapati Secara Percuma Bersempena Pelancaran DLC Minor Factions

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Melalui DLC Minor Factions untuk Sins of Solar Empire: Rebellion, pemain kini boleh menyertakan minor factions semasa bertempur yang memberikan pemain lebih banyak strategi semasa bermain. DLC ini juga akan menambah 15 minor factions ke dalam permainan tersebut.

Selain itu bersempena dengan pelancaran ini, Stardock Entertainment menawarkan permainan strategi masa nyata angkasa lepas tersebut secara percuma sehingga 19 Disember 2018. Permainan ini sudah dikeluarkan pada tahun 2012 lagi, akan tetapi terus menerima kemaskini baharu yang membuatkan pemain terus bermain sehingga sekarang.

Di hari yang lain, permainan ini dijual dengan harga RM65, jangan terlepas peluang untuk mendapatkan permainan ini secara percuma.

Steam: Sins of a Solar Empire: Rebellion


TIPS & ULASAN