Permainan Percuma Hari Ini: Geneshift

Geneshift adalah permainan yang dibangunkan oleh Nik Nak Studio dan dikeluarkan pada tahun 2017 sebagai akses awal. Ia merupakan permainan pertempuran royale, selain pertempuran biasa ia juga menyertakan kereta dan pelbagai alatan lain.

Menariknya, ia juga menggunakan kamera dari pandangan atas, mengikut pembangun ia mengambil inspirasi daripada permainan Grand Theft Auto.

Bermula hari ini sehingga 20 Disember, permainan tersebut boleh dimuat turun secara percuma dan terus kekal menjadi milik anda. Selain itu Genesis: Complete Edition yang menyertakan permainan tersebut dengan beberapa barangan kosmetik serta mod permainan lain turut ditawarkan dengan lebih murah iaitu RM16.45

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini secara percuma melalui Steam.

Steam: Geneshift

Sohor Kini