Skip to main content

Jika bulan lepas Epic Games di saman oleh pencipta asal tarian yang digunakan sebagai inspirasi untuk emote Milly Rock, kini emote Fresh pula menerima nasib yang sama.

Alfonso Ribeiro merupakan pelakon di dalam siri TV The Fresh Prince of Bel-Air, di dalam siri tersebut beliau melakukan tarian yang dijadikan sebagai inspirasi oleh Epic Games untuk emote Fresh di dalam Fortnite.

Bila dibandingkan, ia bukan sahaja dijadikan sebagai inspirasi akan tetapi bentuk tarian sangat menyamai tarian asal tanpa perubahan dilakukan oleh Epic Games.

Buat masa ini, tarian tidak dijadikan sebagai hak cipta. Oleh disebabkan itu keputusan untuk kes saman terhadap Epic Games ini akan menjadi sesuatu yang penting kerana ia akan digunakan sebagai asas untuk kes-kes yang seterusnya.

Leave a Reply