PUBG telah sedia mengumumkan peta permainan baru mereka, Vikendi yang akan hadir untuk pemain di konsol dan juga PC. Kini, peta permainan berkenaan juga diumumkan akan hadir untuk para pemain peranti mudah-alih, PUBG Mobile pada bulan ini.

Vikendi menggunakan latar tempat bersalji, sekaligus menawarkan bentuk permainan baru. Ini kerana pemain boleh melihat tapak kaki pemain lain pada salji – sekaligus membawa kepada bentuk permainan baru dalam mengatur strategi dan sebagainya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya tidak diumumkan lagi, tetapi ia dijangka diperkenalkan sebelum tahun ini berakhir.

Sohor Kini