Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Marvel’s Spider-Man Bakal Menerima Komik Sendiri – Akan Tiba Pada Bulan Mac 2019

Permainan Marvel’s Spider-Man Bakal Menerima Komik Sendiri – Akan Tiba Pada Bulan Mac 2019

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Permainan Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games dikatakan mempunyai watak Spider-man yang menarik. Ia menyertakan penceritaan yang berdasarkan watak Spider-man daripada siri lain, serta mempunyai keunikan tersendiri.

Marvel hari ini mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan komik yang akan menceritakan kembali penceritaan di dalam permainan tersebut, akan tetapi ia akan dikeluarkan dalam bentuk komik.

Komik yang berjudul Spider-Man City at War akan mempunyai 6 jilid yang akan menyertakan penceritaan berdasarkan permainan tersebut bersama dengan DLC The City That Never Sleeps selain itu ia juga akan disertakan dengan penceritaan yang tidak disertakan di dalam permainan tersebut. Selain itu terdapat juga kandungan di-belakang tabir.

Komik ini akan ditulis oleh Dennis Hopeless yang merupakan penulis untuk siri komik Spider-woman dan dilukis oleh Michele Bandini. Komik tersebut akan dikeluarkan bermula Mac 2019. Bagi pembaca di Malaysia, anda kemungkinan besar dapat memperolehnya melalui aplikasi Marvel ataupun comiXology.


TIPS & ULASAN