Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Pertempuran Terakhir Kingdom Hearts 3 Dipertontonkan

Video Acah Pertempuran Terakhir Kingdom Hearts 3 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Dis 18, 2018 oleh .

Square-Enix hari ini berkongsi video acah yang bertajukan “Pertempuran Terakhir” buat permainan Kingdom Hearts 3 dimana ianya memperlihatkan pelbagai adegan-adegan permainan tersebut.

Melaluinya, Square-Enix memperlihatkan pelbagai dunia Disney yang bakal tiba buat permainan tersebut termasuklah Pirates Of The Caribbean, Tangled, Lilo And Stitch dan juga Ratataouille. Tambahan itu, video tersebut juga memperlihatkan bentuk permainan bagi watak Riku, sekaligus ini mengesahkan bahawa Riku boleh dimainkan oleh pemain.

Selain itu Square-Enix juga mempertontonkan musik latar rasmi yang dinyanyikan oleh Utada Hikaru bersama Skrillex bertajuk “Face My Fears”. Muzik “Don’t Think Twice” yang diumumkan sebelum ini juga disertakan.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan ini telahpun tertiris dan terdapat pelbagai beberan yang dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sosial media. Namun, pengarah Kingdom Hearts 3, iaitu Tetsuya Nomura mengesahkan bahawa sebarang beberan epilog mahupun kandungan tersembunyi akan disertakan melalui kemaskini apabila ianya dilancarkan kelak.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Bagi anda yang berminat untuk mmebelinya, kami sendiri sebelum telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut.

Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.


TIPS & ULASAN