Pendapatan PUBG Mobile Mencecah RM 137 Juta Bulan Lepas

Bulan November merupakan satu bulan yang baik untuk PUBG Mobile, selain mencatat pendapatan lebih tinggi berbanding Fortnite untuk satu minggu, permainan mudah alih tersebut juga diumumkan sebagai permainan terbaik untuk Play Store.

Sensor Tower hari ini mengeluarkan anggaran mereka untuk pendapatan PUBG Mobile bagi bulan November iaitu $33 juta(~RM137 juta) iaitu 44% lebih tinggi berbanding  bulan Oktober. Kejayaan ini mungkin disebabkan oleh permulaan musim baharu.

Mengikut negara, Amerika Syarikat menyumbang pendapatan tertinggi dengan 22%, diikuti Jepun dengan 20%. Pendapatan ini menjadikan kutipan PUBG Mobile sejak dikeluarkan adalah $158 juta(~RM660 juta).

Sohor Kini