Eskel Events mengumumkan mereka bakal menganjurkan kejohanan PUBG secara dalam talian iaitu Kejohanan Atas Talian PUBG Mobile peringkat Pantai Timur yang menyertakan hadiah terkumpul sebanyak RM20 ribu untuk kategori solo dan squad.

Kejohanan ini akan bermula pada 5 Januari 2019 sehingga 3 Februari 2019 dan hanya terbuka untuk pemain yang berasal dari negeri-negeri pantai timur sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Semasa kejohanan, pemain hanya boleh menggunakan telefon sahaja, penggunaan pelagak adalah tidak dibenarkan.

Bagi pemain yang berminat, anda boleh mendaftar menggunakan pautan yang kami sediakan di bawah. Yuran penyertaan adalah RM35 untuk solo dan RM70/pasukan untuk squad. Pemain berumur bawah 18 tahun memerlukan kebenaran daripada ibu bapa. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman FB Eskel Events.

Daftar: Kejohanan Atas Talian PUBG Mobile (Pantai Timur)

Sohor Kini