Informasi Permainan Video Terkini
PlayGame Menjalinkan Kerjasama Bersama The Walt Disney Untuk Membawa Permainan Disney Ke Platform Tersebut

PlayGame Menjalinkan Kerjasama Bersama The Walt Disney Untuk Membawa Permainan Disney Ke Platform Tersebut

Diterbitkan pada Dis 17, 2018 oleh .

PlayGame merupakan platform permainan video menggunakan pelayar web PC dan juga peranti pintar menggunakan teknologi HTML 5. Pemain boleh bermain permainan yang disediakan secara percuma.

Hari ini, PlayGame mengumumkan mereka menjalin kerjasama bersama The Walt Disney untuk membawa permainan Disney ke platform tersebut. Antara permainan yang diumumkan melalui kerjasama ini adalah;

  • Mickey’s Deliver Dash – yang mana pemain perlu membantu Mickey
    menghantar roti kroisan di seluruh Paris kepada kafe Minnie dalam masa yang terhad.
  • Olaf’s Freeze Fall – yang mana pemain perlu membantu Olaf mencari
    lengan, butang dan hidung beliau yang hilang

Mereka juga mengatakan pelbagai lagi permainan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Permainan tersebut akan pertamanya dikeluarkan untuk Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapore, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Filipina.


TIPS & ULASAN