Arena of Valor merupakan permainan MOBA untuk peranti iOS dan juga Android sebelum turut dikeluarkan untuk Switch pada September lepas. Ia merupakan versi luar China untuk permainan oleh Tencent Honor of Kings.
Menurut anggaran oleh Sensor Tower, selepas dikeluarkan 2 tahun lepas, permainan tersebut kini sudah dimuat turun sebanyak 100 juta kali melalui App Store dan Play Store. Selain itu, Sensor Tower juga mengatakan pendapatan untuk permua tersebut setakat ini telah mencecah sebanyak $100 juta(~RM418 juta).
Daripada 100 juta muat turun, 33% peratus adalah dari Vietnam, diikuti Thailand dengan 25% manakala di Amerika Syarikat hanya 2% sahaja. Bagi pendapatan, Thailand mendahului dengan 34%, Taiwan 29% dan Hong Kong 14%.