Kejohanan Capcom Cup 2018 berlangsung hujung minggu lepas dimana ketika acara tersebut, Capcom berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat permainan Street Fighter V: Arcade Edition iaitu musim seterusnya buat permainan tersebut bakal bermula dan watak pertama buat musim ke-4 tersebut adalah Kage.

Kage adalah watak jahat selepas Satsui No Hado menakluk Ryu dimana sebelum ini watak tersebut sering dikenali sebagai Evil Ryu. Melaluinya, Kage berupaya untuk melakukan sebilangan kemahiran seakan kuasa Satsui No Hado oleh Akuma. Seperti watak lain, Kage juga akan menerima dua kemahiran V-Trigger yang berbeza iaitu Taigyaku Mudo dan Rikudo Osatsu.

Selain itu, Capcom juga akan menyertakan dua kostum yang berbeza buat Kage iaitu kostum penceritaan yang lebih memfokuskan Kage berambut panjang dan juga kostum pertempuran yang mempunyai rekaan tradisional.

Watak Kage akan dilancarkan dengan harga sekitar RM25 buat DLC pernambahan ataupun 100,000 Fight Money melalui mata wang permainan bermula hari ini.

Menurut Capcom, watak Kage tersebut adalah watak pertama untuk musim ke-4 bagi Street Fighter V: Arcade Edition. Walaupun begitu, buat masa ini mereka masih belum mengumumkan sebarang pas musim baharu bagi musim ini.

Bersempena dengan Capcom Cup 2018, Capcom juga mengadakan jualan khas permainan Street Fighter V di PSN Store dan juga Steam dengan harga permainan bermula RM18.

Sohor Kini