Skip to main content

Dishonored 2 sudah dikeluarkan pada tahun 2016, manakala Dishonored: Death of the Outsider pula pada tahun lepas, oleh disebabkan itu kemungkinan besar ramai yang memiliki permainan ini sudah habis bermain.

Namun, Bethesda mungkin memberi anda sebab untuk bermain kembali permainan tersebut. Melalui kemaskini percuma, permainan tersebut menerima dua mod baharu iaitu Mission+ serta mod hitam dan putih.

Mod Mission+ membolehkan anda bermain kembali setiap misi yang sudah diselesaikan tetapi menggunakan segala kuasa dan senjata yang ada. Manakala mod hitam dan putih, membolehkan anda bermain permainan tersebut dengan grafik hitam dan putih.

Untuk mendapatkan kedua-dua mod tersebut, anda perlu menyambungkan permainan tersebut ke akaun Bethesda.net.

Leave a Reply