Skip to main content

Lanjutan daripada tertirisnya salinan awal buat Kingdom Hearts 3, pengarah permainan tersebut, iaitu Tetsuya Nomura hari ini berkongsi satu mesej di akaun Twitter rasmi Kingdom Hearts.

Melaluinya, beliau menyatakan bahawa mereka kini sedang menyiasat berkenaan isu tersebut dan mengesakan peminat untuk tidak kongsikan sebarang beberan tersebut.

Menariknya juga, melalui kenyataan beliau, tampaknya kandungan epilog ataupun pengakhiran bersama-sama dengan kandungan filem rahsia yang sering terdapat di dalam siri permainan Kingdom Hearts tidak disertakan melalui cakera permainan tersebut dan akan ditambahkan kemudian selepas ianya dilancarkan melalui kemaskini permainan.

Menurut mereka, kedua-dua kandungan tersebut adalah antara beberan terbesar buat permainan tersebut dan ianya tidak disertakan sebagai langkah berjaga-jaga. Tampaknya pilihan yang dilakukan oleh mereka adalah tepat dan sememangnya beberan tersebut tidak mungkin akan dikongsikan oleh pemain selagi mereka tidak memuat-turun kemaskininya yang bakal tiba selepas ianya dilancarkan Januari kelak.

Tambahan itu, Square-Enix juga berkongsi iklan khas permainan Kingdom Hearts 3 berdurasikan 30 saat seperti mana yang mereka janjikan sebelum ini.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Bagi anda yang berminat untuk mmebelinya, kami sendiri sebelum telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut.

Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.

Leave a Reply