Informasi Permainan Video Terkini
ConcernedApe, Pembangun Stardew Valley Kini Sedang Membangunkan Permainan Baharu

ConcernedApe, Pembangun Stardew Valley Kini Sedang Membangunkan Permainan Baharu

Diterbitkan pada Dis 16, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi yang mana ConcernedApe ataupun Eric Barone mengumumkan bahawa permainan Stardew Valley di PC, Playstation 4, Playstation Vita dan Xbox One akan diterbitkan oleh beliau sendiri dan tidak lagi oleh Chucklefish.

Terkini, ConcernedApe menyatakan bahawa beliau kini sedang membangunkan permainan baharu. Walaupun begitu, proses pembangunan permainan tersebut dihentikan buat sementara dimana beliau ingin memfokuskan kemaskini multi-pemain buat konsol Xbox One dan Playstation bersama-sama kemaskini pembaiki permainan tersebut di Switch.

Tambahan itu, beliau juga menyatakan bahawa kandungan buat Stardew Valley tidak akan dihentikan walaupun beliau sedang membangunkan permainan baharu. Selain itu, beliau juga kini dalam rancangan untuk mencari pasukan untuk terus membangunkan kandungan baharu buat permainan Stardew Valley tersebut dimana melaluinya, beliau akan mempunyai masa antara dua permainan tersebut.

Dari segi informasi berkenaan permainan baharu ConcernedApe tersebut, beliau masih belum mengumumkannya. Namun, sebagai seorang penggemar permainan Stardew Valley, kami sendiri tidak sabar untuk mengetahuinya.

Sekali lagi kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Eric Barone ataupun ConcernedApe untuk pembangunan dan juga penerbitan permainan beliau.


TIPS & ULASAN