Sebelum ini, InkyPen mengumumkan bahawa mereka akan membawa aplikasi membaca komik khas di Nintendo Switch dan mana kini, tarikh pelancaran aplikasi tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada minggu ini pada 17 Disember 2018.

Seperti Netflix, melalui aplikasi Inky Pen, pengguna berupaya untuk membaca sebilangan komik indie ataupun web komik oleh pelbagai pengeluar dengan menggunakan konsol Switch. Mereka juga menyatakan bahawa pada masa akan datang, sebilangan komik Manga juga akan disertakan.

Aplikasi tersebut akan dilancarkan sebagai satu servis langganan dimana ianya akan bermula dengan hanya harga $7.99(~RM34) sebulan dan ianya boleh dimuat-turun bermula 17 Disember kelak.

Inky Pen juga menyatakan bahawa mereka berminat untuk membawa servis ini ke platform lain pada masa akan datang. Namun, sebarang informasi berkenaannya masih belum dikongsikan. Bagi anda yang berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Inky Pen.

Sohor Kini