Lanjutan berkenaan karya seni yang dikongsikan oleh Square-Enix sebelum ini, mereka akhirnya mempertontonkan video acah pertama buat anime Final Fantasy XV: Episode Ardyn Prologue melalui saluran rasmi Youtube Final Fantasy.
Final Fantasy XV: Episode Ardyn Prologue merupakan anime pendek khas yang mana ianya bakal menceritakan kisah sebelum buat DLC Final Fantasy: Episode Ardyn yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.
Melalui DLC ini juga, mereka akan memperlihatkan kisah bagaimana Ardyn berdendam dengan keseluruhan keluarga Noctis untuk permainan teras Final Fantasy XV.
Namun dari tarikh pelancarannya, Square-Enix masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancaran bagi anime tersebut. Namun kami percaya ianya bakal tiba sebelum DLC Episode Ardyn iaitu Mac 2019 dan seperti anime Final Fantasy XV: Brotherhood, anime ini juga mungkin akan tiba secara percuma.