Informasi Permainan Video Terkini
Kingdom Hearts 3 Tertiris – Pelbagai Beberan Dikongsikan Di Laman Sosial

Kingdom Hearts 3 Tertiris – Pelbagai Beberan Dikongsikan Di Laman Sosial

Diterbitkan pada Dis 16, 2018 oleh .

Bagi peminat siri Kingdom Hearts diluar sana, anda mungkin perlu berwaspada dengan sebarang perkongsian berkenaan permainan Kingdom Hearts 3 di laman sosial kerana minggu ini, permainan tersebut tampaknya tertiris di laman sosial.

Tirisan ini bermula di Amerika Syarikat dimana terdapat pengguna yang memperoleh salinan permainan tersebut lebih awal dan mereka berkongsi sebilangan adegan-adegan dan bentuk permainan yang terdapat di dalam Kingdom Hearts 3 tersebut.

Menurut pengguna Twitter, Nibel beliau menyatakan bahawa terdapat juga beberapa paparan skrin permainan tersebut dikongsikan melalui laman sosial seperti Facebook dan Youtube.

Sememangnya ini satu perkara yang sangat mengecewakan memandangkan permainan tersebut sepatutnya dilancarkan pada Januari kelak dan semestinya ramai peminat yang tidak ingin dibeberkan. Walaupun begitu, kami di Aksiz sekali lagi menegaskan bahawa anda diluar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika melayari sebarang perkongsian berkenaan permainan tersebut. Kami sendiri juga tidak akan berkongsi sebarang beberan berkenaan permainan tersebut.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Bagi anda yang berminat untuk mmebelinya, kami sendiri sebelum telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut.

Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.


TIPS & ULASAN