Informasi Permainan Video Terkini
Discord Bakal Memberikan 90% Untuk Setiap Jualan Di Kedai Mereka Kepada Pembangun
PC

Discord Bakal Memberikan 90% Untuk Setiap Jualan Di Kedai Mereka Kepada Pembangun

Diterbitkan pada Dis 15, 2018 oleh .

Pada bulan Oktober lepas, Discord melancarkan kedai atas-talian mereka secara beta kepada kesemua pengguna. Bersamanya, Discord juga memperluaskan penawaran Discord Nitro – dimana ia merupakan perkhidmatan langganan bulanan yang menawarkan lebih daripada 60 permainan melaluinya.

Melalui penulisan di blog mereka, Discord mengumumkan bermula tahun 2019, setiap pembelian di kedai tersebut, 90% akan diberikan kepada pembangun dan penerbit permainan tersebut. Manakala hanya 10% sahaja akan diambil oleh Discord sebagai kos operasi.

Menurut Discord, mereka mengambil keputusan demikian adalah untuk membolehkan pembangun permainan sepenuhnya memikirkan untuk menghasilkan permainan yang baik serta berhubung dengan komuniti mereka.

Namun bagi kami, tindakan ini diambil sudah semestinya untuk bersaing dengan Epic Games Store yang memberikan 88% kepada pembangun manakala Steam yang memberikan 70% kepada pembangun (ataupun lebih bergantung kepada jumlah jualan).

Buat masa ini, Discord, Epic Games Store ataupun Steam tidak mempunyai banyak perbezaan dan kelebihan adalah kepada Steam yang mempunyai jumlah pengguna yang lebih tinggi. Adakah Discord ataupun Epic, akhirnya dapat bersaing dengan kekuasaan Steam?


TIPS & ULASAN