Yuna iaitu watak DLC seterusnya buat Dissidia Final Fantasy NT yang diumumkan sebelum ini, kini akhirnya watak tersebut dilancarkan dimana anda berupaya untuk membelinya dengan harga RM26 secara berasingan ataupun melalui pas musim.
Yuna merupakan salah satu watak wanita utama di dalam Final Fantasy X yang mana beliau merupakan seorang Summoner. Seperti di dalam permainan Final Fantasy X, melalui Dissidia Final Fantasy NT, Yuna berupaya untuk bertempur dengan memanggil Summon Valefor dan bertarung bersamanya.
Selain daripada kostum asas Yuna dari Final Fantasy X, Square-Enix juga menyertakan kostum perkahwinan yang mana merupakan kostum Yuna ketika sesi perkahwinan bersama Seymour di dalam Final Fantasy X.
Selain daripada itu, Square-Enix juga mengumum bahawa mereka akan membawa lokasi Final Battlefield secara percuma buat semua pemain bersama-sama seleksi muzik baharu.
Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di bawah.
Ulasan Dissidia Final Fantasy NT – Permainan Perlawanan Yang Huru-Hara