Square-Enix minggu ini akhirnya melancarkan permainan Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades secara berasingan dimana ianya merupakan sebahagian daripada mod multi-pemain bagi permainan Final Fantasy XV.

Permainan tersebut juga dilancarkan sempena ulang tahun kedua bagi permainan Final Fantasy XV dan ianya tiba khas di Playstation 4 dan Xbox One.

Menariknya, buat mereka yang sudah memiliki pas musim bagi Final Fantasy XV, Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades boleh dimuat-turun secara percuma. Namun, bagi mereka yang tidak, ianya juga dijual secara berasingan dengan harga bermula RM30 bagi edisi Playstation 4. Manakala edisi Xbox One dijual dengan harga $9.99(~RM42).

Selain itu, sebelum ini Square-Enix juga melancarkan kandungan Final Fantasy XIV buat permainan Final Fantasy XV. Selain itu, Square-Enix memperacahkan anime khas buat Final Fantasy XV: Episode Ardyn yang mana video acahnya akan ditayangkan pada 15 Disember ini melalui saluran rasmi Youtube Final Fantasy XV. Bersempena dengannya, mereka juga berkongsi satu karya khas dibawah.

Sohor Kini