Informasi Permainan Video Terkini
Musim Pertama Alliance of Campus Esports (ACE) Berakhir Dengan Kejayaan Buat UKM Dan Sunway University

Musim Pertama Alliance of Campus Esports (ACE) Berakhir Dengan Kejayaan Buat UKM Dan Sunway University

Diterbitkan pada Dis 14, 2018 oleh .

Hujung minggu lepas, musim pertama untuk Alliance of Campus Esports (ACE) di adakan di Sunway Velocity Mall dimana ianya bertempatkan pusingan akhir buat kejohanan Mobile Legends dan Dota 2.

 

Kejohanan tersebut dijuarai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia bagi kejohanan Mobile Legends dan Sunway University bagi kejohanan Dota 2 dimana masing-masing membawa pulang wang hadiah sebanyak RM8,000.

Alliance of Campus Esports (ACE) yang dilancarkan September lepas merupakan initiatif e-sukan untuk pelajar universiti. Pemilihan pemain telahpun berlangsung Oktober lepas dan pusingan akhir buat musim pertamanya berlangsung pada 8 dan 9 Disember lepas.

Menurut eGG, mereka bakal membawa musim kedua buat Alliance of Campus Esports (ACE) dengan sokongan Majlis Sukan Negara Malaysia untuk membawa lebih banyak aktiviti dan peluang buat pelajar yang ingin menceburi arena e-sukan ini.

Lee Choong Khay, iaitu ketua sukan dari Astro menyatakan bahawa mereka akan terus menyokong untuk membangunkan industri e-sukan di Malaysia. Melalui initiatif ini, mereka mendapat maklum balas yang sangat positif oleh pelajar dari 40 universiti yang terlebih dengan lebih dari 50,000 pelajar. Beliau juga percaya dengan berlansungnya Sukan Asia Tenggara 2019 ini, initiatif Alliance of Campus Esports (ACE) ini juga akan membuka lagi peluang untuk mencari pemain yang bakal mewakili negara kelak.

Buat masa ini informasi berkenaan musim kedua Alliance of Campus Esports (ACE) masih belum diumumkan dan menurut eGG Network, mereka akan kongsikannya pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN