Skip to main content

Yes! E-Sports Asia Holdings (YEAH) Limited iaitu sebuah hab kejohanan e-sukan buat Asia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan platform baharu buat e-sukan iaitu YEAH Asia League.

Menurut mereka, liga tersebut bakal beroperasi bermula tahun hadapan di pelbagai lokasi di Timur dan juga Asia Tenggara dengan aktiviti seperti acara e-sukan bersama-sama kejohanan-kejohanan khas.

Menariknya, YEAH Asia League juga akan membawa acara komuniti dimana mereka akan melatih dan mengambil pemain-pemain untuk menjadi pemain profesional. Sekaligus, ini juga bakal membentuk pembangunan e-sukan sebagai satu pilihan kerjaya di Asia Tenggara.

Menurut Timothy Shen, iaitu pengasas YEAH menyatakan bahawa Kuala Lumpur akan menjadi lokasi pertama untuk YEAH Asia League dan diikuti oleh Bangkok dan Tokyo. Buat masa ini, segala kejohanan mahupun acara untuk tahun 2019, YEAH akan umumkannya kemudian.

Walaupun begitu, YEAH menyatakan bahawa antara permainan e-sukan yang bakal mereka sertakan adalah Overwatch, League of Legends dan juga PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Sememangnya ini merupakan satu initiatif yang sangat menarik terutamanya dengan sokongan yang diberi oleh pelbagai pihak baru-baru ini terhadap e-sukan, sememangnya 2019 tampaknya bakal menjadi tahun yang besar buat industri e-sukan.

Untuk informasi lanjut berkenaan YEAH Asia League, anda boleh melayari laman rasmi mereka.

Leave a Reply