Aplikasi Steam Link Kini Boleh Dipasang Di Raspberry Pi

Steam Link sebelum ini merupakan satu perkakas yang dijual khas untuk menstrim permainan Steam anda ke paparan lain seperti TV. Valve kemudiannya menghentikan penjualan perkakas tersebut sebaliknya memfokuskan kepada aplikasi Steam Link untuk Android dan juga Raspberry Pi.

Hari ini, Valve mengumumkan yang aplikasi tersebut untuk Raspberry Pi kini boleh dimuat turun secara rasmi selepas dikeluarkan sebagai beta pada minggu lepas. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma dan menyokong Raspberry Pi 3B dan 38+ yang menggunakan Raspbian Stretch.

Aplikasi untuk Android masih lagi diperingkat beta, manakala untuk iOS seperti kami laporkan sebelum ini, ia masih dihalang oleh Apple. Untuk maklumat lanjut, serta cara pemasangan anda boleh layari laman rasmi Steam Link.

Sohor Kini