Informasi Permainan Video Terkini
Grasshopper Manufacture Memperlihatkan Trailer Baharu Buat Travis Strikes Again: No More Heroes

Grasshopper Manufacture Memperlihatkan Trailer Baharu Buat Travis Strikes Again: No More Heroes

Diterbitkan pada Dis 14, 2018 oleh .

Grasshopper Manufacture hari ini memperlihatkan trailer baharu buat permainan Travis Strikes Again: No More Heroes dimana mereka memperkenalkan watak Electric Thunder Tiger III, di mana ianya merupakan sebahagian daripada pentas permainan video yang tiba buat permainan tersebut.

Melalui video di atas, Grasshopper Manufacture memperlihatkan sebilangan pentas permainan bersama-sama dengan ketua musuh pentas tersebut.

Travis Strikes Again: No More Heroes merupakan salah satu permainan yang diumumkan ketika Nintendo Direct tahun lepas dimana ianya merupakan yang bertempatkan di dalam dunia No More Heroes yang dilancarkan sebelum di konsol Nintendo Wii.

Travis Strikes Again: No More Heroes akan dilancarkan pada 18 Januari 2019 ini khas di konsol Switch.


TIPS & ULASAN