Sering kita mendengar permainan di tunda untuk memberi lebih masa kepada pembangunan. Namun, agak berbeza dengan permainan terbaru untuk siri Metro iaitu Metro Exodus.
Pembangun 4A Games dan penerbit Deep Silver mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 iaitu seminggu lebih awal berbanding tarikh pengeluaran yang diumumkan sebelum ini.
Selain itu mereka juga berkongsi video pembukaan buat permainan tersebut. Ia memperlihatkan kesemua persekitaran serta manusia beku kerana keadaan yang sangat sejuk. Metro Exodus merupakan permainan ketiga untuk siri berdasarkan novel Metro 2035. Ia akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.