Subnautica merupakan permainan yang dibangunkan oleh Unknown Worlds yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup futuristik di dalam air dimana pemain perlu menghasilkan barangan, memandu kapal selam dan mengembara di dalam dunia lautan untuk meneruskan hidup.
Ia sudah dikeluarkan untuk PC melalui Steam pada awal tahun ini dan baru sahaja dikeluarkan untuk konsol Playstation 4 dan Xbox One 4 Disember lepas. Epic melalui kedai atas talian mereka, menawarkan permainan tersebut secara percuma bermula esok.
Pemain boleh memuat turun, dan terus menyimpannya. Tawaran ini adalah sehingga 28 Disember 2018. Jika anda ingin mendapatkan permainan ini, pastikan anda memasang klien Epic Games.
[info]Epic Games Store: Subnautica[/info]