Bulan Mac lepas, Studio Wildcard mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan permainan Ark: Survival Evolved untuk Switch yang sudah dikeluarkan pada 30 November lepas.

Digital Foundry iaitu channel Youtube yang memfokuskan kepada kualiti grafik serta prestasi permainan, mengeluarkan satu video untuk Ark: Survival Evolved dan kualiti yang diperlihatkan adalah sangat mengecewakan.

Tekstur yang digunakan bagaikan tidak wujud, nampak macam sekadar contengan tangan. Digital Foundry turut memperlihatkan resolusi yang digunakan adalah lebih rendah berbanding mana-mana permainan di Playstation 2.

Permainan ini yang mempunyai masalah kelancaran walaupun di mainkan di Xbox One X, sudah semestinya mempunyai kelancaran yang lebih teruk di Switch. Bagi kami, ini merupakan kes di mana, tidak semua permainan harus di bawa ke Switch. Buat permainan yang bernilai $49.99(~RM209) ia adalah permainan yang tidak patut dibeli.

Sohor Kini