Permainan Percuma Hari Ini: LEGO The Hobbit

Permainan LEGO adalah permainan pengembaraan aksi yang memfokuskan kepada tekaria, ia sering menjadikan filem-filem sebagai sumber penceritaan utama.

Bagi anda yang ingin mencuba, ataupun ingin mengumpul permainan untuk PC, Humble Bundle sehingga 16 Disember menyediakan permainan LEGO The Hobbit secara percuma.

Seperti judulnya, permainan LEGO ini adalah berdasarkan siri The Hobbit iaitu 2 filem pertama buat siri tersebut, An Unexpected Journey dan Desolation of Smaug. Permainan ini dikeluarkan pada tahun 2014, ia dibangunkan Traveller’s Tale dan diterbitkan oleh Warner Bros Interactive.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini secara percuma sebelum terlambat.

Humble Bundle: LEGO: The Hobbit

Penafian: Pautan yang disertakan mungkin mengandungi pautan affiliate

Sohor Kini