Artifact Kehilangan Pemain Hampir 80% Selepas 2 Minggu Dikeluarkan

Artifact merupakan permainan baharu yang dikeluarkan oleh Valve. Ia adalah permainan kad berdasarkan siri Dota. Dikeluarkan pada 28 November lepas, Artifact pernah mencatat jumlah 60 ribu pemain serentak iaitu pada 29 November menurut Steam Charts.

Namun, selepas lebih 2 minggu dikeluarkan, permainan tersebut hanya mencatat secara purata 4 ribu pemain serentak dengan jumlah tertinggi seramai 10 ribu sahaja iaitu pengurangan lebih 80% berbanding sebelum ini.

Buat permainan percuma, mengekalkan 20% pemain selepas hari pengeluaran merupakan sesuatu yang positif akan tetapi untuk permainan yang berbayar seperti Artifact, ia mungkin agak mengecewakan.

Jika pemain yang sudah membayar, tetapi tidak meneruskan bermain, adakah pemain ia dapat menerima pemain baharu?

Bacaan Lanjut: Ulasan Artifact – Permainan Kad Yang Unik Dan Mencabar

Sohor Kini