Skip to main content

Insomniac Games hari ini mengumumkan tarikh pelancaran buat DLC terakhir, Silver Lining bagi Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps iaitu pada 21 Disember 2018 ini.

Melaluinya, DLC tersebut akan memfokuskan watak Silver Sable bersama-sama musuh Hammerhead dari DLC sebelum ini. Sepertinya, DLC ini juga akan menyertakan pelbagai misi baharu buat pemain bersama-sama keupayaan untuk menyah-kunci tiga lagi kostum tambahan.

Tiga kostum yang boleh dinyah kunci tersebut adalah kostum Aaoran Aikman Armor Suit, Cybor Spider-Man Suit dan akhir sekali iaitu kostum Spider-Man daripada filem Into The Spider-Verse yang baru sahaja ditayangkan awal bulan ini.

DLC Silver Lining merupakan DLC pernambahan ketiga dan terakhir daripada DLC penuh The City That Never Sleep buat permainan Marvel’s Spider-Man. Bagi anda yang berminat untuk bermain DLC ini, ianya boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM39 ataupun melalui pas musim dengan harga RM89.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi pengembaraan esklusif di konsol Playstation 4 yang mana ianya dilancarkan September lepas. Kami di Aksiz juga telah memberi ulasan penuh dimana anda boleh membacanya di pautan dibawah.

Leave a Reply