Informasi Permainan Video Terkini
Koei Tecmo Memperlihatkan Watak Brad Wong Dan Eliot Buat Dead Or Alive 6
PC

Koei Tecmo Memperlihatkan Watak Brad Wong Dan Eliot Buat Dead Or Alive 6

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Koei Tecmo hari ini sekali lagi berkongsi senarai watak baharu buat permainan perlawanan Dead Or Alive 6, dimana hari ini mereka mengumumkan dua watak dari siri Dead Or Alive sebelum ini bakal kembali iaitu Brad Wong dan Eliot.

Brad Wong merupakan watak yang memfokuskan seni mempertahankan diri Kung Fu mabuk manakala Eliot pula merupakan anak murid kepada Gen Fu, iaitu salah satu watak asal buat siri Dead Or Alive. Menariknya, melalui penyertaan watak ini, Koei Tecmo juga umum beberapa pentas permainan seperti Unforgettable dan Danger Zone.

Selain itu, Koei Tecmo juga memperlihatkan watak Nyotengu iaitu watak tambahan khas buat mereka yang membuat pra-tempahan bagi edisi Digital bersama-sama kostum khas tambahan buat Ryu Hayabusa.

Selain itu, buat mereka yang membeli edisi Digital Deluxe, Koei Tecmo juga akan menyertakan pelbagai lagi kostum dan kandungan tambahan yang pasti membuat peminat siri tersebut menyukainya.

Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo pada 15 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN