Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, 2B dari permainan NieR: Automata merupakan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Soul Calibur VI. Terkini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran watak tersebut iaitu pada 18 Disember 2018 ini.
Stand ready for battle: @NieRGame’s 2B will bring her blades to the stage of history on December 18th! Get your copy of @SOULCALIBUR VI: https://t.co/MRVo8jf5nX pic.twitter.com/5y4FZ4BwFy
— Bandai Namco Europe (@BandaiNamcoEU) December 13, 2018
YoRHa No. 2 Type B ataupun lebih dikenali 2B merupakan robot android dari permainan NieR: Automata dan beliau akan disertakan melalui pas musim permainan tersebut yang mana juga akan menyertakan kostum tambahan buat 2B bersama-sama kostum-kostum khas lain dan senjata tambahan lain. Menariknya juga, Bandai Namco juga akan menyertakan peta kawasan khas dan muzik latar daripada permainan tersebut.
Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Ianya telahpun dilancarkan Oktober lepas dan kami di Aksiz telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.
Ulasan Soul Calibur VI – Permainan Perlawanan Terbaik Untuk Pemain Baru Dan Lama